Thursday, March 1, 2012

Tahun 2012..

Masyallah... terlalu lama aku tak update blog aku nih... kesibukan bekerja membuatkan aku lupa dengan kewujudan blog aku.. hahaha... dah terlambat bagi aku untuk mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2012' tapi masih awal lagi kan. Masih lagi boleh menambahkan lagi azam untuk tahun ini.

Tahun ni juga ada azam baru untuk menyayangi diri sendiri lebih dari sebelum ni. Apa taknya, asyik kerja.. kerja... kerja... aku terlalu sangat dengan kerja sehingga untuk diri sendiri pun tak der. Tidur pun tak lena.. pasal kerja pun aku leh terbawa dalam mimpi... bayangkan lah macamana dengan hidup aku sekarang.. hahahaa... kadang-kadang aku terbangun tengah-tengah malam dan teringat yang aku kene follow up kerja aku... pas tu aku sambung tidur balik. Paling sadis... bila hari Ahad aku bangun tergesa-gesa dan mandi macam kene kejar hantu sebab aku ingat hari tu adalah hari Isnin.. adoyaiiii.... aku tak pernah jadi macam nih.. macam obses pun ada...

Sekarang ni, aku nak belajar semula untuk lebih kan masa untuk diri sendiri dan juga bersama keluarga yang tersayang. Aku nak pergi bercuti.. aku nk g window shopping.. aktif balik ke gym... macam-macam lagi lah...

Bila dah sayangkan diri sendiri.. baru kita dapat menikmati hidup dengan sebenarnya. Mendekatkan diri dengan Allah adalah perkara yang aku sememangnya aku nak buat sebab aku rasa, aku masih jauh lagi dengan Nya...

Bila dah dapat sayangkan diri sendiri dan mendekatkan diri dengan Allah. Baru lah perjalan kita akan jadi teratur dan juga tenang... betul tak???