Pada mulanya, opah tak mahu dibedah. Tapi akhirnya, opah setuju sebab ramai yang nasihatkan opah seperti umi, pakcik aku, aku, dan adik opah sendiri. Tapi hati die memang takut sangat-sangat. Aku pun sedih jugak sebab aku takut operasi tu membuatkan opah akan pergi meninggalkan kami semua terutama aku. Aku takut sangat2... opah la insan yang paling aku sayang selepas umi sebab opah yang menjaga aku dari kecil sampai aku habis sekolah. Aku berdoa agar opah pulih dan sihat seperti sediakala. Aku masih memerlukan opah disisi ku...
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Sudah Tiba... Dugaannya...
Pejam celik... pejam celik... dah sampai bulan Ramadhan.. sekejap je rasanya.. seperti baru jer pas raya.. dah bulan puasa balik.... puasa kali ni lebih mencabar sebab opah perlu di bedah kerana ada ketumbuhan di dinding usus. Perut opah seperti orang mengandung 7 bulan, kasihan tengok opah susah nak berjalan disebabkan kaki yang sembab macam banyak air di kaki, mata pun makin tak berapa terang, selalu jer kata gelap lah, pasang lampu banyak2... dan paling kasihan sekali, selera makan opah semakin kecil disebabkan ususnya dihimpit oleh ketumbuhan tu.. Opah jugak kerap pegi tandas... sedih tengok keadaan yang serba payah. Sebelum tak nampak pun perut opah semakin besar, ingatkan perut menggelebeh ker.. ye la.. orang tua kan.. Opah cakap perut die macam ada 'tarik' dan sakit perut.. mintak orang urut.. orang urut tu cakap ni bukan sakit perut biasa. Macik urut tu pun takut nak pegang dan urut sebab terlalu besar. Macik urut tu mintak opah pergi hospital untuk check-up. Memang ye ada ketumbuhan, setelah opah pergi buat pemeriksaan sampai ke Hospital Ampang, ketumbuhan opah tu dah besar macam bola takraw. Sekarang ni dah makin besar, doktor minta opah bedah dan buang ketumbuhan. Lagipun doktor pun tak dapat nak tahu apa yang 'besar' tu. Kalau cuma ketumbuhan, tak per la. Dibuatnya kanser.. adoi.. lagi la kasihan.
Pada mulanya, opah tak mahu dibedah. Tapi akhirnya, opah setuju sebab ramai yang nasihatkan opah seperti umi, pakcik aku, aku, dan adik opah sendiri. Tapi hati die memang takut sangat-sangat. Aku pun sedih jugak sebab aku takut operasi tu membuatkan opah akan pergi meninggalkan kami semua terutama aku. Aku takut sangat2... opah la insan yang paling aku sayang selepas umi sebab opah yang menjaga aku dari kecil sampai aku habis sekolah. Aku berdoa agar opah pulih dan sihat seperti sediakala. Aku masih memerlukan opah disisi ku...
Pada mulanya, opah tak mahu dibedah. Tapi akhirnya, opah setuju sebab ramai yang nasihatkan opah seperti umi, pakcik aku, aku, dan adik opah sendiri. Tapi hati die memang takut sangat-sangat. Aku pun sedih jugak sebab aku takut operasi tu membuatkan opah akan pergi meninggalkan kami semua terutama aku. Aku takut sangat2... opah la insan yang paling aku sayang selepas umi sebab opah yang menjaga aku dari kecil sampai aku habis sekolah. Aku berdoa agar opah pulih dan sihat seperti sediakala. Aku masih memerlukan opah disisi ku...
Saturday, July 30, 2011
Bola.. Bola.. Bola
Sejak akhir-akhir ni aku dah gila bola.... Semenjak Piala Suzuki lagi aku dah terjatuh cinta dengan pemain-pemain bola Harimau Malaya sebab aku tak sangka yang diorang ni punya skill dah tak macam dulu. Mungkin sebab jurulatih jugak kot.... cara diorang practice dan pendedahan kemahiran bermain bola secara professional.. Aku ni pun tak la tau gak pasal bola-bola nih, tapi boleh la sket-sket..
Perlawanan persahabatan seperti dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea, kita boleh nampak macamana hebatnya mereka dan boleh nampak perbezaan corak permainan mereka.. Aku tak ketinggalan menonton sendiri di Stadium Bukit Jalil.. Aku cuma pergi time HM lawan dengan Liverpool dan Chelsea.. aku pergi tak seorang.. pergi dengan adik aku laa.. sapa lagi ngan Ct Mariam.. die pun gile bola macam aku gak.... hahhaha...

Tengok la tu, siap pakai jersi Malaysia lagi tu... time on the way nak pegi Stadium. Memang jam giler. Dalam perjalanan tu, ramai orang datang tengok perlawanan dengan jersi Liverpool. Aku rasa malu pun ada gak, tapi bila aku fikir2 kan.. aku memang datang nak sokong Malaysia, so.. apa nak malu???? Memang.. diorang yang lalu sebelah kereta aku, tengok jer kitaorang pakai jersi kuning.. hahaha... best betul laaa....
Walau macamana pun Malaysia kalah 3-6 tapi aku bangga sebab diorang bermain dengan bersungguh-sungguh.. aku sayang ngan diorang.. anak-anak buah Rajagopal...

Punya la ramai orang pakai baju Liverpool...
Lautan manusia di Stadium Bukit Jalil yang seramai 80,000 orang datang memenuhi stadium, termasuk aku sekali... hahahha...
Alhamdulilah... aku dapat kerja baru kat Petaling Jaya... bersyukur kepada Allah kerana mengizinkan aku bekerja. Aku memang berharap sangat dapat kerja yang bagus dan juga boleh aku menimba pengalaman... Kawan-kawan sekerja aku pun, alhamdulilah, baik.. diorang banyak bagi tunjuk ajar kepada aku.... walaupun bidang kerja sama dengan tempat lama aku dulu, tapi company business yang berlainan.. aku sekarang 'deal' dengan pasir dan cement.. hahaha.. company apa... rahsia...

Gambar atas tu... 'plant' yang memproses cement... memang mencabar kerja aku sekarang..
Aku banyak-banyak bersyukur kerana aku dikurniakan pekerjaan untuk ku... Semoga aku dapat bekerja dengan lebih tekun dan dapat kerja dengan lebih lama di sana. Aminn.
Permulaan....
Erm... dah berkurun lamanya aku tak menulis... apa tak nya.. dulu mana ada blog-blog semua nih... cuma aku leh luahkan dalam diari.... tahun ni dah 32 umur aku... hahahha.. berani sungguh aku mendedahkan umur aku kt sini kan... aku tak takut laa nk cakap umur aku sbb umur ni makin lama makin meningkat, bukannyer makin menurun ker... lompat-lompat angka umur ker... ada sesetengah orang, malu nak dedahkan umur sebenar.. takut orang panggil die tua... dah memang tua.. nak buat macamana kan... tapi ada gak orang cakap aku ni tak macam umur 32.. awet muda.. or rahsia Safi Rania Gold... hahahha...

Produk yang sekarang ni tengah meletup-letup yang muda kan kulit muka..
Aku pun pakai jugak set Rania Gold nih... ekekekeke.. patut la nampak muda... hehehhe
Umur aku sekarang, aku masih lagi single... naper.. tak percaya?? erm.. sebenarnya ada tu memang ada, cuma masih lagi berkawan.. nak kenal hati budi masing-masing. Lagi pun sekarang ni dah tak macam dulu, orang yang lewat berkahwin jer kata tak laku lah, mesti perangai tak bagus sebab tu tak kawin, macam-macam... tapi aku tak kisah asalkan aku bahagia. Nasib baik parents jenis tak kisah, tak pernah nak suruh cari pasangan. Ini semua ketentuan Ilahi, kalau ada jodoh, pasti ada pengakhiran zaman bujang...
Aku sekarang masih menganggur, dulu aku bekerja di Petaling Jaya tapi di sebabkan hal-hal peribadi, aku terpaksa berhenti dari tempat kerja aku. Aku sayang nak berhenti tapi apa kan daya, aku terpaksa berhenti demi keluarga yang tercinta... Ramai kawan-kawan opis aku cakap aku ni anak baik.. Amin.. moga aku berterus terusan jadi anak yang baik... Doa-doakan lah aku dapat kerja yang baik dan bagus... amin...
Sekarang ni, of course, masih duduk dengan parents, ada gak hati nak duduk seniri tapi tak pe lah, at least aku leh jugak berbakti dengan keluarga kan...
Subscribe to:
Comments (Atom)