Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Sudah Tiba... Dugaannya...

Pejam celik... pejam celik... dah sampai bulan Ramadhan.. sekejap je rasanya.. seperti baru jer pas raya.. dah bulan puasa balik.... puasa kali ni lebih mencabar sebab opah perlu di bedah kerana ada ketumbuhan di dinding usus. Perut opah seperti orang mengandung 7 bulan, kasihan tengok opah susah nak berjalan disebabkan kaki yang sembab macam banyak air di kaki, mata pun makin tak berapa terang, selalu jer kata gelap lah, pasang lampu banyak2... dan paling kasihan sekali, selera makan opah semakin kecil disebabkan ususnya dihimpit oleh ketumbuhan tu.. Opah jugak kerap pegi tandas... sedih tengok keadaan yang serba payah. Sebelum tak nampak pun perut opah semakin besar, ingatkan perut menggelebeh ker.. ye la.. orang tua kan.. Opah cakap perut die macam ada 'tarik' dan sakit perut.. mintak orang urut.. orang urut tu cakap ni bukan sakit perut biasa. Macik urut tu pun takut nak pegang dan urut sebab terlalu besar. Macik urut tu mintak opah pergi hospital untuk check-up. Memang ye ada ketumbuhan, setelah opah pergi buat pemeriksaan sampai ke Hospital Ampang, ketumbuhan opah tu dah besar macam bola takraw. Sekarang ni dah makin besar, doktor minta opah bedah dan buang ketumbuhan. Lagipun doktor pun tak dapat nak tahu apa yang 'besar' tu. Kalau cuma ketumbuhan, tak per la. Dibuatnya kanser.. adoi.. lagi la kasihan.

Pada mulanya, opah tak mahu dibedah. Tapi akhirnya, opah setuju sebab ramai yang nasihatkan opah seperti umi, pakcik aku, aku, dan adik opah sendiri. Tapi hati die memang takut sangat-sangat. Aku pun sedih jugak sebab aku takut operasi tu membuatkan opah akan pergi meninggalkan kami semua terutama aku. Aku takut sangat2... opah la insan yang paling aku sayang selepas umi sebab opah yang menjaga aku dari kecil sampai aku habis sekolah. Aku berdoa agar opah pulih dan sihat seperti sediakala. Aku masih memerlukan opah disisi ku...

Sambut harijadi opah yang ke-84 tahun pada tahun 2010

No comments:

Post a Comment