Sunday, October 2, 2011

Seorang Ibu yang ditinggalkan bersendirian..

INAP ditinggalkan bersendirian tanpa berpakaian menyuap sisa makanan di
atas katil di rumahnya di Kampung Melekek Dalam, Alor Gajah, Melaka.
Wanita 70 tahun ditinggalkan bogel di rumah usang

ALOR GAJAH: Seorang ibu berusia 70 tahun ditemui tinggal bersendirian
dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah usang di Kampung Melekek
Dalam,
dekat sini, semalam, dipercayai ditinggalkan anaknya bagi tempoh agak
lama.

Warga tua malang ini didapati berbaring di atas sebuah katil daif tanpa
dibaluti sebarang pakaian, manakala najisnya dilihat bertaburan di
situ,
selain keadaan persekitaran berbau busuk dan hancing serta sangat
meloyakan. Seorang penduduk, Rahmat Sulong, 60, berkata wanita tua
berkenaan yang dikenali sebagai Inap Aji, dibiarkan tinggal seorang
diri
dan hidup seperti itu oleh anaknya sejak kematian suami beliau beberapa
tahun lalu. "Beginilah keadaannya sepanjang masa dan beliau akan makan,
minum dan buang air di tempat sama iaitu di katilnya. Sebab itu tempat
ini
berbau busuk dan hancing kerana wanita tua ini sudah tidak boleh
bergerak
lagi kerana terlalu uzur," katanya.

Rahmat berkata, sebagai jiran dan penduduk kampung itu, beliau prihatin
dengan nasib wanita tua berkenaan dan berharap satu tindakan segera
diambil bagi membantunya supaya tidak terus menderita terbiar di situ
dihurung lalat dan bau busuk.

Katanya, wanita itu mempunyai seorang anak perempuan yang sudah
berkeluarga dan melawatnya selang beberapa hari dengan membawa makanan.

"Kami sebenarnya sudah bertemu wanita ini dan berbincang berhubung
nasib
ibunya tetapi tidak mendapat maklum balas positif, malah kami juga
pernah
mengajukan masalah ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi
mendapat bantuan dan ia tetap tidak berhasil.
"Mengikut JKM, wanita tua ini mempunyai pencen sebagai tukang sapu,
manakala anak tunggalnya itu bekerja. Disebabkan itu, wanita berkenaan
dikatakan tidak dapat dibantu walaupun Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) sudah berusaha ke arah itu.

"Jadi, sampai bila wanita tua ini terus hidup dalam berkeadaan seperti
ini? JKM sepatutnya menghulur bantuan termasuk membawanya ke pusat
jagaan
sesuai supaya kehidupannya lebih terurus," katanya.

Sementara itu, tinjauan lanjut mendapati bahagian dalam rumah kayu itu
dibiarkan tidak berkunci, selain keadaan dalam rumah berselerak,
manakala
lampu bilik menyala sepanjang masa oleh anak warga tua berkenaan.






Sayanglah ibu anda walaupun ibu mertua selagi hayatnya masih ada. Ibu
yang
melahirkan dan membesarkan kita, jagalah makan dan minumnya, jagalah
hatinya. Yallah ampukan kan dosa ibubapaku, tempatkanlah mereka
dikalangan
orang-orang yang beriman amin

No comments:

Post a Comment