Wednesday, November 2, 2011

Hero Malaya - S. Kunanlan

Semua terkejut bila aku cakap aku suka sangat dengan S. Kunanlan. Mesti orang akan terkejut.. tanya kenapa.. dan buat muka yang bengot-bengot.. hahaha.... ye laa.. tak ramai pun orang minat dengan anak buah Rajagobal, S. Kunanlan.

Serba sedikit mengenai S. Kunanlan, lahir pada 22hb Ogos 1986 berasal dari Semenyih. Ketinggian beliau cuma 1.65 m (5 ft 5 in), sememangnya orangnya sangat rendah. Dia bermain di bahagian sayap kiri untuk Negeri Sembilan. Dia boleh main bek kiri, flank kiri, flank kanan dan juga terkini, beliau sedang dalam proses untuk mempertajam bahagian serangan gol. Kalau korang tengok dia dalam game, die orang yang paling rajin rebut bola, amik bola dan juga kejar bola walaunpun pihak lawan dah hampiri bola. Haaa.. sebab tu la aku suka kat dia... lari yang tak tau penat... apa taknya die dulu bekas pelari merentas desa di sekolah dulu. Lari laju adalah aset utama S. Kunanlan selain dari boleh menggelecek, hantaran tepat dan juga tackle bola.

Baru-baru ni, S. Kunanlan telah membantu Negeri Sembilan dengan menyumbangkan gol yang tidak sengaja masuk. Hahaha.. S. Kunanlan sebenarnya membuat hantaran jauh kepada Hairuddin Omar tetapi terus masuk ke dalam gol dan juga kegagalan Sharbinee Alawie menangkap bola.. memang best gila...

S. Kunanlan juga adalah salah seorang dari skuad Harimau Malaya di bawah bimbingan jurulatih Rajagobal.









Info di ambil dari Wikepedia...

No comments:

Post a Comment