Sunday, August 14, 2011

Melawat opah 13-08-2011

Pada 13hb Ogos 2011, aku, adik-adik ku, siti mariam,siti zulaikha dan juga alam (panggilan makcik) pergi melawat opah di Hospital Ampang. Kami sampai pada pukul 5.30 ptg, opah tengah baring melelapkan mata tapi bila kedengaran kami sampai. Opah pun membuka matanya dan tersenyum pada kami. Aku rindu dengan opah dan selalu berdoa agar opah selamat dari pembedahan yang akan dijalankan pada 16hb Ogos. Opah sebenarnya amat takut sangat-sangat kalau opah tak dapat jumpa dengan kami lagi. Tapi kami pujuk opah yang opah pasti akan jumpa kami lagi dan sambut hari raya bersama. Mujur umi ada menemani opah di hospital dari mula masuk hospital.

Opah masih boleh lagi tersenyum..


Badan opah semakin kurus, muka semakin nampak kulit2 yang lebih, dah tak padat lagi macam dulu, perut semakin membesar dan kaki pulak masih bengkak. Ini membuatkan opah sukar nak berjalan dan sekarang ni, sakit belakang. Aku sedih melihat opah yang serba kepayahan tetapi opah tak mau nampak masalah yang opah alami.... Opah tersenyum.. berbual dengan kami.




Pada hari yang sama juga, opah Norlin dan aunty Azlina datang melawat opah juga. Opah kelihatan lebih ceria walaupun lemah nak bangun. Aku beritahu dengan umi yang kami nak berbuka di hospital. Pada mulanya, kami nak bawa opah turun sebab masa lawatan sampai pukul 7 jer tapi nurse tak membenarkan kami bawa opah turun. Kami agak kecewa jugak la tetapi nurse membenarkan kami berbuka puasa bersama opah walaupun opah tak boleh nak berpuasa. Aku cari kerusi roda untuk opah duduk dan ku sorong kerusi roda ke pantri. Kami semua berbuka di pantri wad 6A.



Aku lihat opah betul-betul gembira dan sama-sama makan bersama kami. Tapi makanan yang diambil dengan kuantiti yang amat sedikit. Tak per la, asalkan opah senang hati.

Sampai masa kami berundur diri, aku hulurkan tangan ku kepada opah dan ku cium tangan opah yang aku rasa seperti hanya tinggal tulang jer. Aku peluk opah dengan erat, opah sebak dan seperti mau menangis tapi ditahan. Opah berkata ' Minta maaf banyak-banyak yer, opah taknak ada dosa dengan Ena'. Sedih aku mendengar kata-kata opah tu, aku menjawab 'Ena pun mintak maaf banyak-banyak kt opah, tp opah jangan bimbang, kita akan berjumpa nanti lepas operation' memang perit tekak ku untuk berkata seperti itu.. nak diikutkan hati ini.. aku memang nak meraung tapi ku tabahkan hati ini...

No comments:

Post a Comment