Thursday, December 22, 2011

Perigi Cari Timba

Rancangan X Y ni mungkin macam dah lama kot.. tp aku tertarik dengan tajuk 'Perigi Cari Timba'. Apa yang kita fahami dengan 'Perigi cari timba' adalah perempuan yang memulakan langkah untuk mengenali dan mendekati lelaki kerana lumrahnya lelaki yang sepatutnya yang memulakan segalanya.

Pada pandangan aku, kalau perempuan itu mendekati lelaki dengan cara yang betul dan tidak berlebihan seperti menggoda dengan pakaian yang seksi, bercakap dengan gaya yang gedik dan pelbagai aksi lagi. Tak salah kalau perempuan memulakan dahulu kerana pada zaman sekarang sesiapa yang mulakan dulu itu tidak penting. Adat yang lelaki yang harus memulakan dahulu pada sekarang ini tidak lagi di ambil kira kerana peredaran zaman.

Sesiapa yang mulakan dahulu itu, tidak ada masalah asalkan niat untuk berkawan itu mesti ikhlas kerana tanpa keikhlasan, sesuatu perhubungan tidak akan berkekal lama. Saling memahami dan juga kejujuran adalah salah satu teras di dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi hubungan yang berlainan jenis kerana masing-masing mempunyai karaktor yang berlainan.

Anak dara tua atau andartu adalah panggilan untuk perempuan yang sudah berusia tetapi tidak lagi berkahwin. Kalau zaman nenek-nenek kita, suka beranggapan yang perempuan itu tidak laku kerana mungkin ada penyakit, tak tau masak, paras rupa yang tidak cantik dan ada juga mengatakan perempuan itu membawa badi malang. Sungguh kejam dengan anggapan begitu.

Di sebabkan itu lah, ibubapa sanggup membawa anak perempuan mereka untuk mandi bunga bagi mempercepatkan jodoh dan juga membuang sial.


Gambar hiasan

Tetapi sekarang, perempuan sudah jauh banyak beza dengan perempuan dahulu kerana perempuan sekarang lebih sofikated dan juga berfikiran yang maju. Perempuan sekarang kebanyakan perempuan yang berkerjaya, bukan yang hanya duduk untuk di pinang orang.

Oleh kerana dengan peraliran zaman dan juga kerjaya, tiada istilah perigi cari timba lagi kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Jika sesorang perempuan memulakan dahulu dari lelaki, bukan kerana die siorang yang 'desperate' tetapi kerana perempuan itu mempunyai keyakinan yang tinggi dan juga berani tampil untuk mulakan langkah. Tetapi mestilah di landasan yang betul.

Dengan itu, kepada perempuan yang belum lagi berkahwin (sama la macam yang taip ni), jangan bimbang dan rasa rendah diri kerana belum berkahwin. Ingat, jodoh dan pertemuan adalah di tangan Tuhan. Kerap-kerap kan lah berdoa agar mendapat jodoh yang baik dan juga lelaki yang boleh membimbing kita. Jangan putus asa kerana Allah sentiasa mendengar doa orang yang bersungguh-sungguh.


Gambar hiasan

No comments:

Post a Comment