Masyaallah.. aku dah lama tak post dalam blog aku.. gara-gara aku sibuk dengan pekerjaan aku.. terkejar-kejar aku nak siapkan dateline aku.... hari ini aku berkesempatan nak singgah blog aku...
Tahun 2011 semakin berakhir dan tahun 2012 semakin menjelma, lagi 13 hari menghitung hari. Aku terfikir-fikir adakah matlamat 2011 aku sudah aku capai? Erm,... tak sepenuhnya.. ada yang tak menjadi pun ada gak.. Tetapi alhamdulilah, cita-cita aku untuk membeli rumah tercapai walaupun masih dalam proses.. walaupun cuma apartment sahaja tapi itu membuatkan aku lebih bersemangat.
Perkara baru yang aku lakukan adalah menonton bola?? Hahaha... dan dari ekoran itu, aku sudah pun mula meminati bola secara mendalam. Pantang ada temasya bola di stadium Bukit Jalil, aku pun macam cacing kepanasan untuk membeli tiket. Selalunya yang menjadi kawan aku ke stadium.. adik aku ler.. Siti Mariam... die pun sama gak gila bola macam aku. Opps... sebelum itu, aku mahu tegas yang aku minat Harimau Malaya jer ekkk.. Harimau Muda ker... janji ada Harimau.. absolutely, team Malaysia.. Team luar negara.. aku suka Chelsea... tapi tak la segila dengan team Malaysia...
Tahun 2012 pulak bagaimana?
1. Hahaha.. aku ingin cuba dalam bidang perniagaan pulak.. secara partime business.. aku nak cuba dalam masakan pastri... aku suka masak kek.. tapi aku tak de oven nak masak kek tu... kesian aku...
2. Kalau diizinkan Allah, aku nak menziarah di Kota Mekah. Ya, umrah dari erti lain. Aku teringin sekali untuk menjejak diri ke sana. Semoga Allah mendengar doa ku ini.
3. Aku sedaya upaya untuk menanggug keluargaku kerana kedua ibubapa ku sudah tidak bekerja. Aku cuba membuat yang terbaik untuk keluargaku.
4. Menjadi lebih berjaya dari sekarang, kerja yang lebih mencabar..
Setakat ini jer yang aku rasa nak buat... lepas-lepas ni aku tak tau plak ada penambahan ke idak kan... hehehehe....
No comments:
Post a Comment