Saturday, August 20, 2011

Memoir Opah - Part 1


Bermula kehidupan ku tanpa opah dan terasa diri ku amat kosong. Opahku yang sudah pun meninggal dunia pada 16hb Ogos 2011 bersamaan dengan 16 Ramadhan. Pada hari opah dijemput ke rahmatullah adalah tarikh opah yang dijadualkan bagi pembedahan untuk membuang ketumbuhan di dalam perut opah. Umi ku, alam (panggilan makcik ku dari sejak kecik lagi) dan pakcik ku datang untuk memberi semangat kepada opah supaya opah jangan takut dan susah hati. Kami berharap sangat opah dapat sembuh semula dan juga dapat bebas dari penyakit yang di alami sejak beberapa tahun yang dulu.

Kami mulanya, kami langsung tak tahu akan ketumbuhan dalam perut itu. Tapi, suatu hari itu, opah mengadu yang perutnya sakit dan seperti ditarik-tarik. Opah memaklumkan kepada alam untuk memanggil orang untuk mengurut perutnya. Alam pun menuruti dan memanggil tukang urut untuk mengurut opah. Bila orang urut itu mula untuk mengurut perut opah, dia terkejut yan perut opah besar macam orang mengandung 7 bulan dan dirasa-rasanya perut tu keras. Dia tak berani nak mengurut dan meminta opah pergi ke hospital untuk pemeriksaan selanjutnya. Pada masa tu lah kami dapat melihat betul-betul perut opah dah besar yang selama ini kami fikirkan perut yang gelebeh disebabkan opah sudah tua dan tersorok dalam baju yang besar.

Demi pemeriksaan yang opah lalui, doktor telah mengesan ada ketumbuhan di bahagian peranakkan opah yanh sudah besar seperti bola takraw. Aku sungguh terkejut mendengarnya dan aku tak sangka yang opah selama ini menyembunyikan dari pengetahuan kami. Patut lah kaki opah membengkak seperti ada air yang bertakung dalam kaki opah. Ya Allah, mengapa begitu besar dugaan opah yang Kau berikan… Aku tak sanggup melihat opah menanggung derita.

Doktor menasihati opah untuk membedah ketumbuhan itu tetapi opah tak mahu. Opah takut.. die selalu cakap ‘Takut aku… aku takut mati’. Sampai begitu skali. Aku kasihan dengan opah dengan selera opah yang semakin hari semakin sikit makannya. Kadangkala, dua sudu jer suapan opah dan terus kenyang. Aku risau dengan kesihatan opah. Bukan aku sorang jer tapi alam, pakcik Ayi dan juga umi juga turut risau keadaan opah, apatah lagi mereka adalah anak-anak opah.

Kami memujuk opah untuk ke pembedahan tapi opah tak mahu. Itu jelah perkataan yang dikeluarkan ‘Aku takut.. biarlah orang lain berani pegi.. aku tak mahu’ aku dapat rasakan opah betul-betul tak mahu pergi. Punyalah nak mengelakkan dirinya dibedah, opah membeli jus manggis dan berharap opah akan sembuh dan ketumbuhan akan mengecil. Opah begitu rajin minum dan makan ubat dengan harapan penyakit ketumbuhan akan sembuh dan tidak perlu lagi pembedahan. Tapi kondisi opah semakin teruk. Berjalan pun tak larat, cepat penat dan makan tak banyak. Badan opah semakin susut dan nampak seperti tinggal kulit jer. Doktor kata opah tak banyak lemak di badan. Ya Allah, kasihannya opah. Tapi opah tak mahu tunjuk yang opah sakit di hadapan kami. Opah cakap die ok.. die masih boleh berjalan. Perut dah semakin nampak besarnya tapi opah dayakan dirinya berjalan, sembahyang seperti biasa, buat air untuk kami yang datang melawat opah walaupun kami dah larang. Opah cakap ‘tak per la, opah suka orang datang ke rumah opah.. lagi pun sonang jer nak buat air tu’

Sehingga suatu hari, adik opah, opah norzi datang melawat opah dan kami meminta tolong padanya untuk menasihati opah untuk pergi menjalani pembedahan. Baru lah opah setuju dan kami menjadi lega mendengarnya. Kami menasihati opah itu bukan sekadar suka-suka jer tapi atas pemeriksaan doktor yang mengatakan kondisi opah sihat walaupun umurnya sudah pun menjangkau 85 tahun. Doktor tidak dapat mengesan apakan ketumbuhan itu samada kanser atau ketumbuhan biasa kerana ianya terlalu besar.


No comments:

Post a Comment