16hb Ogos 2011 bersamaan 16 Ramadhan adalah tarikh opah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan kami semua. Kami masih lagi mengalami bersedih dan tidak bersedia dengan situasi sebegini. Aku, umi, alam, Rohana, Zulaikha dan Mariam bersama membantu 2 orang ustazah untuk memandikan jenazah opah. Alhamdulilah, aku berkesempatan juga memandikan dan mengafankan jenazah opah.
Setelah selesai, kami semua mencium opah untuk kali terakhir dan jenazah opah di hantar ke rumah sewa opah di Tasik Biru. Jenazah opah di sembahyangkan kira-kira pukul 10.15 pagi dan di hantar ke tanah perkuburan Batu 17, Kuang pada 17hb Ogos 2011. Sayu hati ku melihat opah di masukkan ke liang lahad. Aku masih lagi tidak percaya opah pergi untuk selamanya.
Semasa talkin dijalankan, air mata ku mengalir deras dan terbayang-bayang wajah opah yang takut untuk di bedah. Rasa bersalah datang di dalam diri ini membuatkan aku tidak dapat menerima hakikat yang opah sudah pergi menemui Allah.
Aku masuk ke bilik opah, melihat barang-barangnya dan juga baju-baju yang tergantung. Aku menangis kerana aku mula merindui opah dan merasakan seperti opah masih lagi hidup. Tetapi aku harus redha atas pemergian opah dan berdoa agar opah di tempatkan kalangan orang-orang yang beriman. Amin....

No comments:
Post a Comment