8hb Ogos 2011, opah masuk ke hospital dan umi yang menjaga opah. Aku, alam, umi dan pakcik Ayi sama-sama datang menghantar opah masuk ke hospital. Opah Norzi dan anaknya, Nazila juga datang ke hospital untuk memberi semangat kepada opah. Opah betul-betul berharap untuk sembuh dari sakit yang dialaminya. Kami semua berdoa opah agar sembuh dari penyakit opah. Aku juga memberi semangat supaya opah jangan susah hati yang opah akan sembuh. Opah cuma senyum jer. Masa aku hendak pulang, aku salam dengan opah dan mencium tangan opah. Aku peluk opah dengan erat macam tak mahu aku lepaskan. Opah senyum dan berkata ‘Opah minta maaf ye, aku tak nak berdosa’.. terkejut aku mendengarnya. Opah berkata seperti ada yang tersekat di tekaknya tapi opah gagahkan senyum kepada ku. Tapi aku dapat melihat opah sangat-sangat sedih. Ya Allah, runtun hatiku bila opah cakap macam tu, tapi aku buat-buat tak mengerti dan aku cakap’ Ye lah opah, jangan cakap macam tu lah.. opah tak der apa-apa. Nanti ena datang ye melawat opah ok’ opah Cuma tersenyum dan menganggukkan kepalanya. Aku peluk opah dan cium opah kedua-dua belah pipi opah. Opah pun peluk aku juga. Harumnya bau opah. Aku ingat lagi masa aku kecil, aku bertanya opah bila aku tercium bau yang harum dari opah ‘ Opah pakai minyak wangi ker? Wangi nya opah nih’ selepas tu opah menjawab ‘ tak lah, mana opah pakai minyak wangi pun. Kat rumah takkan la nak pakai minyak wangi’. Bau opah sama jer dari dulu sampai sekarang walaupun die pakai minyak wangi di baju. Bermakna itu adalah bau opah yang semulajadi. Masyaallah, wanginya opah. Selepas itu, aku nampak alam dan pakcik ayi bersalam dan peluk cium opah. Opah cakap benda yang sama, minta maaf jikalau opah ada dosa dengan mereka. Aku rasa mereka juga sebak mendengarnya tapi mereka cuma senyum dan memberi kata-kata semangat.
No comments:
Post a Comment