Sunday, August 28, 2011

Memoir Opah – Part 5

16hb Ogos, pukul 7.55 pm, aku dan umi masuk semula ke ICU untuk melihat opah terbujur kaku dengan saluran oksigen masih di hidung dan di mulut. Aku pegang tangan opah… sejuk.. Aku dan umi menangis dan menangis di sisi opah. Aku tidak dapat menahan esakanku dan terasa dada ku sempit, tidak boleh bernafas. Aku masih tidak menyangka yang opah akan pergi buat selama-lamanya.

Opah di hantar ke bilik mayat. Aku dan umi masih lagi menangis atas pemergian opah. Tidak lama selepas itu, adik-adik ku, alam dan pakcik Ayi tiba di bilik mayat. Adik-adikku menangis dan memeluk aku. Adik ku Siti Rohana seperti hilang kawalan ‘kalau opah tak operation, opah takkan mati macam nih’ Rohana meraung dan memeluk aku. Aku menyabarkan Rohana dan aku juga rasa bersalah dalam diri ku.

Sebelum aku dan umi keluar dari ICU, aku menangis depan Doktor Yong dan Doktor Yong mengatakan bahawa kemungkinan pembedahan yang terlalu lama dan tak cukup darah menyebabkan tubuh opah tidak dapat bertahan. Ketumbuhan itu adalah terbentuk dari darah yang mengalir dalam badan opah. Apabila ianya dikeluarkan, ianya seperti 9kg darah sudah keluar dari badan opah. Tetapi sebelum itu, doktor telah pun memasuki 2 pine darah ke dalam tubuh opah. Tetapi opah masih lagi tidak dapat bertahan. Aku berkata dengan doktor yang opah sebenarnya takut untuk di bedah tapi kami yang memujuk opah pergi menjalani pembedahan. Kami betul-betul tak sangka yang pembedahan ini membawa maut kepada opah dan kami berasa amat bersalah. Doktor Yong mengatakan, mereka telah sedaya upaya untuk menyelamatkan opah. Pembedahan itu berjaya kerana opah stabil semasa pembedahan tetapi tubuh opah masih lagi tidak dapat bertahan dengan ketiadaan ketumbuhan tersebut dan kekurangan banyak darah. Jikalau opah tidak di bedah, opah akan mula muntah dan kondisi opah akan menjadi lemah dan lemah. Opah juga tidak dapat berjalan dan membuatkan opah lebih menderita. Di takuti, ketumbuhan tersebut akan pecah dan boleh membawa maut serta merta.

Aku menceritakan kepada adik-adikku apa yang dikatakan oleh doktor supaya mereka bertenang dan menerima kenyataan yang opah sudah sampai masanya di jemput oleh Allah.

No comments:

Post a Comment